FAEDAH / KEJAYAAN


1.  Pemilihan Teknik yang betul untuk melakar graf

Teknik ‘VSIx’ dan teknik ‘HaShY diperkenalkan kepada pelajar bagi membantu pelajar mengatasi masalah pelajar dalam melakar graf semasa menyelesaikan permasalahan matematik bagi topik Fungsi dan Graf. Teknik ini bertujuan untuk membantu pelajar mengenalpasti dan membezakan bentuk graf yang perlu dihasilkan bagi menyelesaikan soalan yang berkaitan. Teknik ini dapat membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri dalam melakar graf walaupun soalan yang akan diselesaikan oleh pelajar lebih rumit. Pemilihan graf yang sesuai sangat penting bagi memastikan pelajar dapat menghasilkan lakaran graf dengan baik.

2. Kaedah Mnemonik yang menarik, meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar

Teknik ini juga merupakan satu kaedah mnemonik yang mengandungi hubungan kata yang dapat memberi idea kepada pelajar untuk lebih mudah mengingati ciri-ciri kedua-dua teknik supaya dapat diaplikasikan apabila menyelesaikan soalan yang melibatkan topik  fungsi dan graf. Pemilihan gabungan kata yang menarik juga menjadikan proses PDP berlangsung dengan ceria dan tidak membosankan kerana pelajar sudah terlalu banyak dihidangkan dengan pelbagai hafalan berjela-jela daripada subjek-subjek yang berbeza.
Selain daripada itu juga, penggunaan teknik mudah ini memberikan impak kepada peningkatan daya imaginasi dan kreativiti pelajar kerana pelajar banyak menggunakan otak kanan dalam menggambarkan gabungan kata ‘VSIx’ dan ‘HaShY’ semasa menyelesaikan soalan melibatkan graf . Pelajar juga digalakkan untuk lebih kreatif untuk menghasilkan formula atau kaedah menjawab soalan lain menggunakan teknik mnemonik ini.

3. Meningkatkan prestasi pelajar dalam PSPM

Setiap inovasi dilakukan tidak akan lari dengan sasaran untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan. Dengan menggunakan teknik ini, pelajar dapat memaksimumkan markah yang diperoleh dalam peperiksaan. Jika pelajar gagal mengenalpasti teknik yang perlu digunakan untuk menyelesaikan soalan, pelajar akan gagal dalam memperoleh sebarang markah. Hal ini dibuktikan dengan merujuk graf di bawah yang menunjukkan bahawa 10% (2 orang) pelajar kawalan memperoleh markah 50% markah atau lebih manakala 100% (20 orang) pelajar kumpulan sasaran berjaya memperoleh markah 50% atau lebih. 

4. Mengurangkan tempoh masa menjawab soalan dalam PSPM

Seperti yang kita sedia maklum, pelajar sering mengalami masalah tidak cukup masa untuk menjawab soalan dalam PSPM. Berdasarkan temu bual dengan pelajar, 90% pelajar bersetuju bahawa teknik ini mampu mengurangkan tempoh masa menjawab mereka. Kaedah Mnemonik memudahkan mereka mengingati teknik yang perlu mereka gunakan sebagai langkah pertama untuk menyelesaikan soalan Fungsi dan Graf.



Analisis





Berdasarkan analisis yang diperolehi, seramai 100% pelajar kumpulan sasaran (20 orang) berjaya memperoleh markah 50% atau lebih manakala hanya 10% pelajar (2 orang) daripada kumpulan kawalan memperolehi markah 50% atau lebih.

1 comment: