PERNYATAAN MASALAH


Kajian ini dijalankan setelah mendapati para pelajar menghadapi  masalah dalam melakar graf fungsi eksponen dan logaritma bagi topik Fungsi dan Graf. Kami mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar bagi topik ini selepas memerhati pelajar tidak dapat menyelesaikan soalan tutorial yang telah disediakan. Bagi menjawab segala tekaan kami, sesi temubual dengan pelajar turut dijalankan dan ternyata pelajar menghadapi masalah menyelesaikan soalan yang berkaitan dengan topik ini. Masalah utama yang dikenalpasti ialah pelajar tidak mengetahui langkah-langkah yang diperlukan bagi memulakan lakaran graf fungsi. Di samping itu, para pelajar juga gagal mengenalpasti bentuk graf yang betul kerana karakter graf fungsi eksponen dan logaritma yang hampir serupa. Bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar, dua kaedah iaitu 'VSIx' dan 'HaShY' telah diperkenalkan. Teknik 'VSIx' diperkenalkan bagi fungsi logaritma manakala teknik 'HaShY' diperkenalkan bagi fungsi eksponen. Teknik-teknik ini diharapkan dapat membantu para pelajar untuk mengenalpasti langkah-langkah yang betul dalam mendapatkan lakaran graf yang tepat dan cepat.

No comments:

Post a Comment