PENGENALAN


KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan kumpulan sasaran dan kumpulan kawalan yang terdiri daripada pelajar-pelajar aliran sains bagi Program Satu Tahun  di Kolej Matrikulasi Selangor bagi sesi 2018/2019. Kumpulan sasaran adalah seramai 20 orang iaitu dari kelas tutoran  SM2K3T5 manakala kumpulan kawalan juga adalah seramai 20 orang iaitu daripada kelas tutoran SM1K1T3.


ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan tahap penguasaan pelajar dalam Geometri dan seterusnya mencetus minat pelajar dan sikap inkuiri dalam diri mereka. Kajian ini juga bertujuan bagi mengatasi masalah pelajar dalam melakar graf semasa menyelesaikan permasalahan matematik menggunakan teknik yang dicadangkan. Kaedah yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah teknik ‘VSIx’ dan teknik ‘HaShY. Kaedah yang diperkenalkan ini bertujuan membantu pelajar mengenalpasti dan membezakan bentuk graf yang perlu dihasilkan bagi menyelesaikan soalan yang berkaitan dengan Topik Fungsi dan Graf. Kedua-dua teknik yang diperkenalkan ini juga dapat membantu para pelajar mengingat dengan mudah langkah-langkah yang diperlukan bagi melakar graf fungsi eksponen dan fungsi logaritma. Kajian ini melibatkan kumpulan sasaran dan kumpulan kawalan seramai 40 orang pelajar Program Satu Tahun di Kolej Matrikulasi Selangor yang terdiri daripada pelajar dari aliran sains bagi sesi 2018/2019. Kumpulan sasaran adalah daripada kelas tutoran SM2K3T5 manakala kumpulan kawalan adalah daripada kelas SM1K1T3. Bagi menilai keberkesanan teknik ini, kumpulan sasaran dan kumpulan kawalan dikehendaki menyelesaikan empat soalan dan markah yang diperolehi oleh kedua-dua kumpulan dianalisis. Sesi temubual dengan pelajar juga turut dijalankan bagi mendapatkan pandangan pelajar mengenai keberkesanan teknik ‘VSIx’ dan ‘HaShY’ ini dalam membantu pelajar menyelesaikan soalan yang melibatkan lakaran graf. Hasil kajian yang telah dijalankan mendapati prestasi kumpulan sasaran yang mengaplikasikan teknik ini lebih cemerlang berbanding kumpulan kawalan. Berdasarkan analisis yang diperolehi, seramai 100% pelajar kumpulan sasaran (20 orang) berjaya memperoleh markah 50% atau lebih manakala hanya 10% pelajar (2 orang) daripada kumpulan kawalan memperolehi markah 50% atau lebih.

Kategori
: Amalan pdp di dalam kelas



OBJEKTIF


Kajian ini mempunyai objektif am dan objektif khusus iaitu:

Objektif Am



Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan tahap penguasaan pelajar dalam Geometri dan seterusnya mencetus minat pelajar dan sikap inkuiri dalam diri mereka. Kajian ini juga bertujuan bagi mengatasi masalah pelajar dalam melakar graf fungsi semasa menyelesaikan permasalahan matematik yang memerlukan pelajar menghasilkan lakaran graf.

Objektif Khusus




1.       Pelajar dapat mengenal pasti dan membezakan bentuk graf yang perlu
          dihasilkan terutamanya graf fungsi eksponen dan fungsi logaritma.
2.       Pelajar dapat mengingat dengan mudah langkah-langkah
          yang diperlukan bagi melakar graf eksponen dan fungsi logaritma.

No comments:

Post a Comment